Sabtu, 29 Disember 2012

Takkan Dia?! - 4



"Aiza! Nak cerita something dekat kau ni!" Ujar aku tanpa mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu. Kiranya macam main terjah je lah. Hehehe.

"Astaghfirullah. Rin! Kau ni tak reti bagi salam dulu ke apa?!" Marah Aiza sambil menjeling tajam kepadaku. Kelihatan buku ditangannya tadi tercampak di atas lantai.

"Eleh, kau pun selalu terjah je bilik aku. Ni kira adil lah ni." Ujar aku membela diri tanpa mempedulikan jelingannya.

"Nasib baik kau ni kawan aku dari kecil dengan housemate aku tau! Kalau tak dah lama aku ketuk-ketuk kepala kau dengan batu." Marah Aiza lagi. Aku hanya mencebik mendengar kata-katanya.

"Haa, kau nak cerita apa tadi? Excited semacam je aku tengok." Sambung Aiza. Mungkin kemarahannya sudah reda kut. Mendengar pertanyaan Aiza, terus aku tersengih. Aiza memandang ku pelik. Mesti dia ingat aku dah sewel.

"Cuba kau teka aku jumpa siapa dekat mall tadi?" Soal aku sambil tersenyum. Sekali lagi Aiza memandang aku pelik. Sah! Mesti dia ingat aku sewel.

"Yang kau tiba-tiba nak main teka-teki ni kenapa? Manalah aku tahu kau jumpa siapa tadi." Jawab Aiza sambil bangun dari meja belajarnya ke sebelah ku. Ni mesti tak sabar nak dengar cerita aku ni. Macamlah aku tak tahu perangai minah ni macam mana.

"Aku jumpa............ Aakif!" Ujar aku teruja. Mendengar nama Aakif, mata Aiza terus membulat. Haa. Comfirm dia tak percaya.

"Aakif?! Aakif Asyraf?" Soal Aiza terkejut. Aku hanya mengangguk mendengar pertanyaan Aiza.

"Masa tu aku tengah pilih-pilih barang. Lepastu ada orang tegur aku dari belakang. Mula-mula aku tak cam langsung dia. Lepas dia cakap dia tu Aakif, kau jangan tanyalah aku terkejut macam mana." Ujar aku sambil memandang Aiza tepat. Excited ni!!

"Lama dah kan kita tak jumpa dia sejak dia pergi oversea kan?" Kata Aiza sambil membuat muka sedih. Aku hanya ketawa mendengar kata-kata Aiza.

"Takpe. Hari Ahad ni kita pergi rumah Aakif. Dia jemput. Dia cakap ada jamuan birthday." Ujar aku sambil melangkah ke pintu. Nak tidur. Mengantuk!

"Eh, yeke? Beres! Tapi, kau nak pergi mana tu?" Soal Aiza pelik.

"Aku nak tidurlah." Jawab aku selamba.

"Hoi. Cerita tak habis lagi nak tidur apa!" Aiza membaling bantalnya kepadaku. Aku mengelak sambil tergelak. Tak kena. Hehehe.

"Hahaha. Dahlah. Aku mengantuk. Tapi yang pasti kalau kau jumpa mamat tu nanti mesti kau terkejut. Oklah, bye." Ujarku lalu menutup pintu biliknya.

Isnin, 17 Disember 2012

Takkan Dia?! - 3



Aku ke pasaraya sendirian untuk membeli barang-barang harianku. Nak ajak Aiza tapi dia ada kelas pulak. Time dia tak ada kelas, aku pulak ada kelas. Haish. Agaknya memang macamni rasanya hidup sebagai mahasiswi. Tak ada masa sangat. Busy je memanjang. Hmm, benci! Ketika aku sedang memilih-milih barang , tiba-tiba ada suara yang menegurku dari belakang.

"Excuse me. Are you Airin? I mean Airin Afida?" Ujar pemuda yang menegurku itu. Aik? Siapa pulak mamat ni? Kelihatan disebelahnya seorang gadis yang sangat cantik.

"Yup. Awak siapa ek?" Soal aku pelik. Mendengar pertanyaanku, lantas pemuda itu ketawa. Eh, ketawa pulak dia. Apa soalan aku tadi lawak sangat ke? Gadis disebelah pemuda itu hanya tersenyum. Aduh! Bilalah aku nak jadi ayu macam perempuan depan aku ni.

"Serious kau tak kenal aku Rin?" Tanya pemuda itu bersama sisa-sisa ketawanya. Aku hanya mengangguk sahaja mendengar pertanyaan pemuda itu.

"Ni akulah Aakif. Aakif Asyraf. Takkan tak ingat kut. Kau ni lupa kawan betul." Ujar pemuda yang mengenalkan dirinya sebagai Aakif itu. Jap. Aakif Asyraf? Macam kenal je. Jap jap. Eh, Aakif!

"Ya Allah! Aakif rupanya. Macam mana aku boleh lupa dekat kau ni." Ucap aku teruja. Aakif ni sebenarnya kawan aku dan Aiza semasa disekolah menengah. Satu kelas. Otak mamat ni boleh tahan macam kitorang jugak. Gila-gila. Keluarga Aakif juga agak rapat dengan keluargaku.

"Macam tulah kau kan. Lupa kawan." Jawab Aakif berpura-pura merajuk.

"Eei tak malu lelaki merajuk. Hahaha. Bukan apa. Kitakan dah lama tak jumpa sejak kau pergi oversea. Muka kau berubah gila kut. Dulu kan macam..." Belum sempat aku berkata-kata, Aakif sudah laju memotong.

"Kau tak payah nak mengutuk akulah. Mulut kau tu bukannya manis sangat pun." Perli Aakif. Eh, kurang asam punya jantan. Dia tak bagi aku kutuk dia. Last-last dia yang kutuk aku. Aku sepak kang mati sia-sia je. Aku ingin membalas tetapi sekali lagi Aakif memintas. Takutlah tu.

"Eh lupa nak kenalkan dekat kau buah hati aku. Ni haa, Qistina." Aakif memperkenalkan buah hatinya kepadaku. Oh, cantiknya nama. Macam tuannya jugak. Pujiku di dalam hati.

"Hi. Saya Qistina." Kata Qistina sambil tersenyum lalu menghulurkan tangannya kepadaku untuk bersalam. Aku membalas huluran tangannya sambil memperkenalkan diriku.

"One more. Hari Ahad nanti jemputlah datang rumah aku. Ada jamuan sikit. Birthday aku. Jangan lupa ajak Aiza sekali." Ujar Aakif kepadaku sambil tersenyum.

"Oh. Really? Sure beb. Aku bab makan memang akan datang punya." Jawab aku sambil tersengih lalu membuat peace.

"Kau ni kan. Tak pernah berubah. Takpelah kalau macamtu aku pergi dulu. Jangan lupa tau Ahad ni. Lepas maghrib." Ujar Aakif sebelum beredar. Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Aakif itu.


Khamis, 13 Disember 2012

Takkan Dia?! - 2



"Hah. Apa yang cerita panas sangatnya?" Ujar Aiza sambil duduk didepanku. Ish, minah ni. Ada jugak dapat kaki aku kang. Bukannya nak bagi salam ke apa. Ni tak, terus terjah. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau.

"Kau ni tak reti bagi salam ke apa?" Soalku sambil menjelingnya tajam.

"Assalammualaikum ustazah." Ujar Aiza sambil menahan gelak. Haa gelaklah. Ada jugak betul-betul dapat kaki aku. Ish Rin! Yang kau emo sangat ni kenapa? Rilek rilek. Tu Aiza lah! Bukannya mamat poyo tu!!

"Dah kau ni lain macam je apasal? Mereng dah?" Sambung Aiza lagi.

"Tak adalah. Tadi aku ada terlanggar dengan sorang mamat ni." Ujar aku memulakan cerita. Dari segi air muka Aiza aku dah dapat agak yang dia excited nak dengar cerita aku ni. Biasalah. Kalau bab gosip-gosip ni, memang dia no satu.

"Haa, mamat? Mamat mana weh?" Jawabnya penuh teruja. Kan betul aku cakap. Kalau bab gosip memang minah ni no satu punya. Aku pun menceritakan kisah aku dengan mamat poyo tu tadi dari A sampai Z. Bermacam-macam reaksi yang Aiza tunjukkan.

"Eh, handsome tak mamat tu? Nama apa?" Bertalu-talu soalan yang Aiza lemparkan kepadaku sebaik sahaja aku menghabiskan cerita aku dan mamat poyo tu. Haish. Dah agak dah. Comfirm kena banyak tanya punyalah.

"Handsome memanglah handsome. Tapi perangai macam taik buat apa. Kalau nama tu aku tak tahu lah pulakkan. Tapi.. jap. Aku rasa minah miang tu ada sebutlah nama dia." Ujarku sambil mengingati kembali panggilan minah miang kepada mamat poyo itu tadi.

"Apa weh nama dia? Cepatlah ingat!" Aiza mendesakku. Eh minah ni! Sabar boleh tak?! Aku tengah ingatlah ni. Ujarku didalam hati.

"Haa! Tak silap aku Iz. Haa betullah Iz." Kataku sambil memetik jari. Aku yakin. Memang tu nama mamat poyo tu. Sebab setahu aku, aku taklah pekak dan pelupa lagi. Hehehe.

"Iz? Sedapnya nama.." Aiza membuat muka miangnya.

"Sekali lagi kau buat muka miang tu, aku hantar kau dekat hospital bahagia." Ujarku memandang tepat ke arahnya. Bukan apa. Saja je nak takut-takutkan minah dekat depan aku ni. Mendengar kata-kataku, Aiza hanya mencebik.

"Eleh, kau ingat aku takut sangat kau buat muka macam tu? Dengan kau-kau sekali aku sumbat masuk hospital tu." Ujar Aiza sambil memakan cupcake coklatnya.

"Yelah makcik. Yelah." Balasku sambil mentertawakannya. Kami berdua terus melepak disitu sehinggalah jam menunjukkan 2:05 pm.

Rabu, 12 Disember 2012

Takkan Dia?! - 1



Aku melangkah laju menuju ke restoran kegemaran aku. Bukan apa, saja je nak jalan laju-laju. Boleh senaman sikit. Biasalah. Berat badan makin meningkat. Walaupun aku tak adalah tergolong dalam orang gemuk tapi aku tetap rasa aku gemuk. Entahlah. Aku ni memang pelik dari orang lain. Hehehe. Aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg tanganku untuk memesej Aiza, sahabat karibku.

Weh, datang restoran cupcake cepat sikit. Ada cerita panas.
Send to: Aiza.

Memang salah satu tabiat kitorang berdua, jika mahu melepak tak ingat tempat lain dah. Comfirm restoran cupcake tu jugak jadi sasaran. Ketika aku sedang menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tanganku, tiba-tiba aku terlanggar dengan seseorang.

"Woi, buta ke?!" Ujar pemuda yang melanggar aku tadi. Omg, dia cakap apa? Dia cakap aku buta?! Bukannya nak minta maaf!

"Eh hello! Siapa buta. Kau ke aku?!" Ujar aku mendongak sedikit untuk memandang ke arah mukanya. Ish, aku pantang betul orang tinggi dari aku ni. Ada ke patut tinggi aku hanya paras bahu mamat tu. Tak aci, tak aci. Eh jap, asal mamat ni handsome sangat? Pemuda dihadapanku ini hanya bert-shirt berwarna putih jenama Polo dan berseluar jean berwarna hitam yang jenamanya aku tak tahu sebab tak nampak. Dahlah pakai speck. Aku memang pantang nampak lelaki pakai speck ni. Smart seh..

"Dah sah-sah lah kau yang buta. Main langgar orang tak pandang kiri kanan. Kau ingat ni jalan bapak kau punya?!" Ujar pemuda itu sambil memandang tepat kearahku. Seketika dia tersenyum sinis. Eleh, nak ejek aku pendeklah tu! Tak guna!

"Eh, bapak-bapak tak main ea. Apa jalan ni sempit sangat sampai aku lalu dekat sini pun kau nak langgar?!" Balasku pedas. Mukanya yang putih itu tiba-tiba bertukar menjadi kemerah-merahan. Haa, nak beta mulut sangat dengan aku kan. Ok, kita tengok siapa menang. Ni Airin Afida lah.

"Kau ni tak padan dengan pendekkan. Mulut macam longkang!" Kata pemuda itu lantang. Kan aku dah kata. Mesti nak ejek aku pendek punya. Tahulah tinggi.

"Mulut aku macam longkang ke, macam barbie ke, tak menyusahkan kau kan? Yang kau busy body sangat ni kenapa? Bukannya nak minta maaf. Takde adab langsung. Huh." Balasku sambil menyilangkan tanganku. Sorry, setakat muka handsome tapi mulut tak ada insurans baik tak payah.

"Kau..." Ujar pemuda itu sambil menghalakan jarinya ke arahku tetapi ayatnya tergantung apabila datang seorang gadis yang boleh tahan seksinya jugak. Tak ada duit sangat ke sampai pakai baju pun tak cukup kain?

"Iz. You pergi mana? Puas tau I cari you. You cakap nak keluar kejap je tadi." Ujar gadis itu dengan manja. Jap. Bukan manja sebenarnya tapi mengada-ngada. Aku pulak yang malu ada kaum sejenis yang perangai macam kucing betina yang miang.

"I tak pergi mana pun. Tiba-tiba tadi terjumpa orang gila. Dahlah gila, buta pulak tu." Balas pemuda itu sambil memandang aku sinis. Mendengar kata-kata pemuda itu, aku mengangkat sebelah keningku. Ek? Kisah pulak aku nak main perli-perli macam tu. Huh.

"Yeke? Mana orang gila tu? You tak apa-apa?" Ujar gadis miang itu sambil membuat muka risau. Macam hantu raya pun ada dah aku tengok. Ish Rin! Berapa banyak dosa dah kau dapat harini. Asyik mengumpat orang je. Astaghfirullah.

"Dia dah pergi dah. Ok lah sayang, jom kita pergi. I panaslah duduk dekat sini lama-lama. Macam ada nenek sihir." Kata pemuda itu sambil memandang sinis untuk ketiga kalinya kepadaku sebelum beredar bersama betina miang tu. What?! Dia cakap aku nenek sihir?! Kau tu lebih teruk dari moyang sihir tahu tak!! Ish, geramnya aku.