Selasa, 3 Disember 2013

Takkan Dia?! - 5

"Weh kau dah prepare dress ke nak pergi birthday party Aakif nanti?" Soal Aiza sambil menyisip straw ke mulutnya.

"Hmm. Nak prepare apa? Pakai jelah dress yang mana ada. Berlambak dalam almari tu." Ujar Airin Afida sambil menyelak satu persatu muka surat buku yang sedang dibacanya. Selepas ini tiba giliran kumpulannya untuk membuat presentation. Dan dia disuruh oleh rakan-rakan sekumpulannya untuk menjadi wakil membuat presentation. Tak ke gila? Iya. Sangat gila. Nak tak nak dia terpaksa bersetuju memandangkan dia jarang tampil ke hadapan. Hmm jangan salah faham. Tak semestinya dia jarang membuat presentation dia curi tulang. Kebanyakkan hasil kerja semuanya boleh dikatakan dari kepala otaknya sendiri. Ok jap. Ni bangga ke apa?

"Hisy kau ni gila ke tak prepare!! Birthday party kut. Aakif yang buat lagi. Takkan nak sememeh je? Kita ni kan kawan dia." sepontan Aiza mengetuk meja dihadapannya. Agak tidak berpuas hati dengan jawapan Airin Afida. "Eh tapikan, setahu aku birthday Aakif bukan bulan ni kan? Even kita lama tak jumpa dia. Aku still ingat apa bila birthday mamat tu."

"Aah kan. Ingat sangat! Birthday dia bulan ni lah cik kak. Dia sendiri cakap dekat aku haritu. Tak ada motif ok dia nak tipu." Terang Airin Afida sambil menggelengkan kepalanya. Hai laa kawan aku ni. Muda-muda lagi dah nyanyok. Tua nanti? Nauzubillah.

"Oh yeke? Hehehe." Aiza menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Btw whatever lah. Kau kena teman aku cari dress harini. No excuse!!" Dipandang Airin Afida dihadapannya yang buat tidak mendengar kata-katanya tadi. "Weh dengar tak? Teman aku eh?" Bahu Airin Afida dicuit.

"Ya aku teman. Eh kau boleh senyap kejap boleh tak? Tak nampak aku buat apa ni?" Dijeling Aiza seketika kemudian menyambung tumpuan terhadap buku yang dibacanya tadi yang agak terganggu.

"Macam ni lah kawan aku. Sayang kau!!" Tersenyum girang Aiza apabila mendengar jawapan Airin Afida. Walaupun agak tidak ikhlas tapi dia peduli apa. Janji dia ada teman membeli dress untuk ke birthday party Aakif nanti.

"Sangat..."

********************************************

"Gosh! Penatnyaaa" keluh Airin Afida sambil menyebamkan badan ditilam empuknya. "Nasib kau lah rin dapat kawan macam Aiza. Kaki shopping tak ingat dunia." Kata Airin Afida kepada dirinya sendiri. Sebenarnya kalau diikutkan dia sudah terbiasa dengan Aiza yang sangat minat membeli belah. Tapi memandangkan semalam dia berjaga hingga lewat malam untuk presentation tadi membuatkan badannya menjadi letih. "Nasib baik party Aakif lusa. Esok boleh rest puas-puas. Yeayyy" Tersenyum girang gadis tersebut sambil mengawang-awangkan tangannya hingga menyerlahkan lesung pipit kirinya.

"Hoi berangan!!" sergah Aiza dari luar. Airin Afida memang sengaja tidak menutup pintu biliknya kerana sudah mengagak Aiza yang suka singgah dibiliknya sebelum tidur.

"Weh tak sabarnya nak pergi birthday party Aakif." Jerit Aiza sambil berlari ke arah Airin Afida. Sengaja dikuatkan suaranya agar Airin Afida melayannya. Rin ni kalau biar, ada terlentang atas katil sampai tengahari esok!

"Alah Aakif je pun. Kau semangat sangat pehal? Dia tu dah ada girlfriend tau. Takpayah nak menggedik sangat dengan dia."

"Ish kau ni. Ada ke cakap macam tu. Macam tak ada lelaki lain kan sampai aku nak syok dekat Aakif tu." Disepak kaki kawannya perlahan. "Aku bukan apa tau excited ceni. Aku tahu mesti si Aakif tu banyak jemput kawan-kawan dia. Haish macamlah kau taktahu rin, kawan-kawan mamat tu ramai handsome-handsome. Tu yang kena melawa datang party dia lusa." Terang Aiza semangat.

"Ok aku faham. Tak. Tak faham sebenarnya. Hey kau punya ayat tu macam kau tu tak laku gila k Aiza. So funny dear." Tergelak Airin Afida mendengar kata-kata Aiza. Handsome? Kalau handsome poyo buat apa. Ye tak?

"Ish kau ni. Aku tahulah. Saja je nak cuci-cuci mata masa party tu nanti. Release tension dari duk fikir assignment yang berlambak yang takkan pernah habis tu kan." Ujar Aiza membela diri. Rin ooh rin. Ada ke cakap aku tak laku? Aiza ni sekali petik sepuluh datang tau. Ok tipu je.

"Cuci mata? Ok cucilah puas-puas. Yang penting jangan kacau aku. Aku nak tidur. Penat tahu tak teman kau seharian dekat mall tu cari dress. Appreciate lah sikit. Punyalah sanggup kawan kau yang comel ni teman kau even..."

"Dah dah. Aku tahu apa yang kau nak cakap. Jangan nak tunjuk sangat ketidak ikhlasan kau tu ya? Ok dear. I'm appreciate it! Thankyou very much. So boleh lah kau tidur dengan aman." Potong Aiza kerana malas mahu mendengar bebelan Airin Afida. Rin kalau sekali dah membebel, kalah mak aku!